Mengetahui kajian saintifik di sebalik produk Herbalife
Herbalife membuat pelaburan dalam memajukan bidang sains nutrisi dengan menggunakan kepakaran pasukan penyelidikan yang terdiri daripada ahli nutrisi, pakar perubatan dari universiti dan institusi ternama, menggunakan hasil penyelidikan berteknologi tinggi dan kemajuan penyelidikan yang telah dicapai.
Hasil yang diperolehi dapat memberikan suatu kelainan dalam kehidupan masyarakat melalui pendekatan sains nutrisi dan herba yang ternyata sangat efektifuntuk pengurusan berat badan dan tahap kesihatan yang optimum.

Makmal Nutrisi Selular Molekular Mark Hughes (Mark Hughes Cellular & Molecular Nutrition Laboratoty, UCLA)
Ditubuhkan di Pusat Nutrisi Manusia University of California, Los Langeles (UCLA) melalui sumbangan Herbalife. Di sini para penyelidik untuk pertama kalinya menggunakan kaedah cap jari kimia dipanggil “Multidimensional Profiling”, satu teknologi profil untuk mencirikan herba dengan melakukan ujikaji terhadap kesan herba ke atas sel hidup.
Herbalife komited untuk menyokong kajian yang menggunakan herba yang telah dikenalpasti dan diprofilkan menggunakan teknik-teknik termaju.
Herbalife mempunyai dua badan khas yang menyokong dan memantau penyelidikan dan pembangunan produk.
Dengan komitmen untuk membangunkan produk yang terkehadapan di dalam industri kesihatan, Herbalife telah mengambil posisi memimpin dalam perkembangan kemajuan nutrisi saintifik dengan gabungan sumber-sumber Lembaga Penasihat Sainfifik (SAB) dan Lembaga Penasihat Perubatan(MAB). Daripada dua komponen ini, terhasil ciptaan produk-produk baru dan menjadikan Herbalife sebagai ukuran standard bagi bagi industri nutrisi dan kesihatan.

Lembaga Penasihat Saintifik
Terdiri daripada pakar-pakar yang membuat kajian yang membuat penyelidikan yang mengkhusus dalam bidang pengurusan berat badan, kesihatan jantung, zat galian dan suplemen diet berasaskan botani. Hasil kepakaran mereka membolehkan Herbalife membangunkan formula terkini sebagai sumbangan ke arah peningkatan tahap kesihatan yang lebih baik. Pengetahuan mereka menjadi pelengkap kepada pasukan pembangunan produk dalam Herbalife dan membolehkan syarikat sentiasa dimaklumkan tentang kemajuan terkini dalam kajian merentasi keseluruhan spektrum produk nutrisi dan kebugaran.
Pengerusi SAB
David Heber, M.d., Ph.D., F.A.C.P.,F.A.C.N
Dr. Heber merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife dan Lembaga Penasihat Perubatan Herbalife. Beliau juga merupakan Pengarah Pusat untuk Nutrisi Manusia UCLA di mana beliau merupakan pengasasnya.
Dr. Heber berkhidmat di Sekolah Perubatan UCLA sejak 1978 dan kini menjawat sebagai Profesor Perubatan dan Kesihatan Awam dan ketua Bahagian Nutrisi Klinikal di Jabatan Perubatan.
Beliau mengetuai Institut Kebangsaan untuk Kesihatan (NIH), Pusat untuk Kajian Suplemen Diet dalam Botani, Unit Kajian Nutrisi Klinikal yang dibiayai oleh Institut Kebangsaan Kanser dan Bantuan Latihan Nutrisi dan Obesiti NIH di UCLA. Beliau mendapat perakuan lembaga dalam Perubatan Dalaman dan Endokrinologi dan Metabolisme oleh Lembaga Perubatan Dalaman Amerika dan Lembaga Nutrisi Amerika.
Kajian yang diminati oleh Dr. Heber ialah rawatan obesiti serta nutrisi untuk pencegahan dan rawatan kanser.
Beliau merupakan penulis buku-buku “Natural Remedies for a Healthy Heart”, “What Color is Your Diet?” dan buku terlaris “The LA Shape Diet”. Kepakaran Dr. Heber telah disiarkan beberapa kali di media termasuk NBC, CNN dan discovery Channel.
David Heber, M.D., PhD, F.A.C.P., F.A.C.N.
- Anugerah, Doktor-Doktor Terbaik di Amerika
- M.D., Sekolah Perubatan Harvard
- Ph.D., Fisiologi, UCLA
- B.S. (Magna Cum Laude dalam Kimia), UCLA
- Professor, Jabatan Perubatan UCLA*
- Pengarah, Pusat Nutrisi untuk Manusia UCLA*
- Pengarah, Pusat Kajian Suplemen Diet dalam Botani*
- Pengarah, Unit Kajian Nutrisi Klinikal UCLA*
- Naib Pengerusi, Pusat-pusat Usahasama untuk Perubatan Integratif*

Lembaga Penasihat Perubatan Herbalife
Lembaga Penasihat Perubatan Herbalife terdiri daripada sebuah team saintis, doktor dan pakar nutrisi cemerlang yang menyelia pembangunan produk, ujian produk dan pendidikan nutrisi di Herbalife di Amerika Syarikat.
Piawaian Lembaga Penasihat Perubatan Herbalife yang ketat menjadikannya peneraju penerokaan diet. Kumpulan ini telah membangunkan produk-produk inovatif yang direka bentuk untuk menyediakan Nutrisi Selular, menyokong sistem imun yang sihat, menawarkan kelebihan antioksidan dan melawan kesan-kesan radikal bebas yang merosakkan, yang boleh membawa kepada penuaan.
Doktor dan profesional kesihatan di pelosok dunia mula memandang Herbalife sebagai sebuah syarikat yang merumuskan pelbagai jenis produk meningkatkan kesihatan. Herbalife menyediakan kepimpinan yang bertujuan memberi inspirasi dan memovitasikan profesional perubatan untuk mengenali keperluan pesakit-pesakit mereka dan menerima maklumat tentang nutrisi dan herba daripada doktor mereka sendiri.

Dedikasi kepada Kualiti, Keberkesanan dan Keselamatan
Lembaga Penasihat Perubatan Herbalife terdiri daripada ahli-ahli perubatan yang telah memenangi anugerah, yang menjadi pengelola perubatan untuk penyelidikan dan pembangunan produk. Lembaga mengemudi perkembangan produk-produk baru dan pengembangan keluaran, dan juga bertindak sebagai sumber pengetahuan komprehensif yang tidak ternilai tentang kelebihan kesihatan produk dan program kami.
Louis Ignarro, Ph.D
Dr. Ignarro ialah seorang Pemenang Hadiah Nobel dalam perubatan di mana sumbangan luar biasa beliau untuk sains dalam penyelidikan Nitrik Oksida telah diiktirafkan pada tahun 1998. Nitrik Oksida merupakan molekul penting yang memberi kesan kepada pengembangan dan keanjalan saluran peredaran darah, yang memperbaiki peredaran darah ke organ-organ badan. Kajian perintis Dr. Ignarro mengenal pasti Nitrik Oksida sebagai molekul isyarat yang mengawal fungsi sel dengan cara yang sebelum ini tidak difahami oleh sains.
Herbalife punyai lebih 40 doktor pakar, dan doktor-doktor berikut adalah yang terulung dalam organisasi ini.
Maklumat-maklumat mengenai pakar di Herbalife:
-
Dr. David Heber Maklumat lanjut…
-
Dr. Louis Ignarro Maklumat lanjut…
-
Dr. Luigi Gratton Maklumat lanjut…
-
Dr. Mario Z. Rosenberg Maklumat lanjut…
-
Dr. Marion Flechtner Maklumat lanjut…
-
Dr. Nataniel Viuniski Maklumat lanjut…
-
Dr. Ryuzaburro Tanino Maklumat lanjut…
-
Dr. Yoshio Yoshimoto Maklumat lanjut…
Sumbangan untuk penubuhan Makmal Mark Hughes Cellular & Molecular Nutrition Lab di UCLA cuma salah satu daripada banyak contoh-contoh dedikasi Herbalife kepada kajian nutrisi yang berasaskan sains. *Komitmen ini bermula dari Mark Hughes, pengasas dan pemberi inspirasi kepada Herbalife, beliaulah yang bervisi untuk memperbaiki kesihatan penduduk dunia yang telah membuatkan beliau mengumpulkan satu pasukan pakar dalam perubatan dan nutrisi untuk mencipta formula untuk Herbalife, inilah yang menjadi asas kepada penciptaan produk terbaik di dunia.
*Polisi University of California tidak akan menyokong mana-mana produk atau perkhidmatan.


